mamat
KUALA LUMPUR, 23 Jun (Bernama) -- Persaingan untuk merebut juara Liga Super semakin hangat selepas Selangor merampas kembali kedudukan teratas dari Perlis setelah Gergasi Merah itu menang 4-1 menentang Johor FC di Stadium Shah Alam malam ini.

Selangor membuka mata jaringan menerusi kapten Mohd Amri Yahya pada minit ke-12 sebelum pemain Johor FC Eddy Helmi Abdul Manan menyamakan kedudukan dari tendangan penalti pada minit ke-42.

Namun, pemain hadapan Gergasi Merah Mohd Safee Sali memberikan kedudukan hadapan kepada pasukan tuan rumah bila beliau menjaringkan gol kedua pada minit ke-51.

Pada separuh masa kedua, kedudukan Selangor semakin kukuh bila pemain hadapan R. Surendran meluaskan lagi jurang perbezaan mata dengan dua lagi gol pada minit ke-58 dan ke-59, dan kedudukan 4-1 berterusan hingga tamat permainan.

Dengan kemenangan itu, Selangor mengutip 47 mata dengan itu merampas kembali kedudukan teratas daripada Perlis yang tidak beraksi malam ini.

Bagaimanapun, Perlis akan menjadi tuan rumah pada perlawanan dengan Selangor Sabtu ini (27 Julai) di Stadium Utama, Kangar.

Dalam pada itu finalis FA Kelantan merangkul tempat ketiga setelah merampasnya daripada johan bertahan Kedah yang keluar negara menyertai perlawanan pusingan kedua Piala AFC menentang Becamex Binh Duong di Vietnam.

Kelantan mendapat kemenangan tiga mata bila mereka menumpaskan Polis 4-0 di Stadium Sultan Mohd IV, Kota Baharu.

Gol Kelantan dijaringkan oleh Mohd Ailim Fahmi (min ke-7), Indra Putra Mahayuddin (ke-45) dan Mohd Khalid Jamlus (ke-63 dan ke-80).

Di Stadium Ipoh, Perak mengatasi Negeri Sembilan 2-0.

Akibat hujan lebat, perlawanan antara Pahang dan UPB-MyTeam di Stadium Darulmakmur dihentikan pada minit ke-74 dan diadakan semula selepas sejam.

UPB-MyTeam menang 3-1.

Di Kuala Terengganu, satu lagi perlawanan antara Terengganu dan Kuala Muda NAZA ditunda ke esok akibat hujan lebat.
mamat









GOMO KELATE GOMO....
BERMAIN DI STADIUM SENDIRI MEMBERI KELEBIHAN KEPADA PASUKAN THE RED WARRIORS... PADA MALAM INI KELANTAN TERUS UNGGUL DENGAN MEMBENAM PDRM 4-0...SEMOGA KELANTAN TERUS BERSEMANGAT DALAM MENGHABISKAN BEBERAPA LAGI BAKI PERLAWANAN DALAM LIGA SUPER.... SYABAS KEPADA KELANTAN,, SEMOGA LIGA SUPER MUSIM INI MENJADI MILIK KITA...

SYABAS KEPADA KELANTAN.............
mamat
Selangor 4 : 1 Johor FC


Kelantan 4 : 0 PDRM


Terengganu : Kedah Kuala Muda Naza
(tunda esok-hujan lebat)


Pahang 1 : 3 Perak UPB My-Team


Perak 2 : 0 N.Sembilan
mamat
ALLHAMDULILLAH...PASUKAN KELANTAN KEMBALI DENGAN AZAM DAN SEMANGAT BARU DALAM LIGA SUPER... SEBELUM INI PASUKAN THE RED WARRIORS TERPAKSA BERMAIN DI STADIUM LUAR DARI KELANTAN AKIBAT KEKECOHAN YANG BERLAKU KETIKA KELANTAN MENENTANG N.SEMBILAN MENGAKIBATKAN TRAK POLIS DI BAKAR.... SELEPAS PADA ITU KELANTAN BERMAIN SEPERTI TIDAK BERMAIN, INI KERANA KEBANYAKAN PERLAWANAN YANG DITEMPUHI KALAH DI TANGAN LAWAN. BANYAK FAKTOR YANG MENJADI UKURAN KEPADA KEKALAHAN SKUAD KELANTAN ANTARANYA IALAH KELETIHAN AKIBAT PERJALANAN JAUH KE TEMPAT PERLAWANAN...PENYOKONG BERKURANGAN BERBANDING DI TEMPAT SENDIRI...DAN BANYAK LAGI FAKTOR YANG MENYEBABKAN KEKALAHAN BERLAKU KEPADA PASUKAN KELANTAN.... SYUKUR KEPADA ALLAH AKHIRNYA STADIUM SULTAN MUHAMMAD KE4 AKHIRNYA MENJADI SAKSI JUGA KEPADA KEBANGKITAN THE RED WARRIORS...KELANTAN DAPAT KEMBALI BERTARUNG DI STADIUM SENDIRI... SELEPAS DIBERI PELUANG BERMAIN DI STADIUM SENDIRI, KELANTAN TIDAK MELEPASKAN PELUANG APABILA MEMBELASAH UPB MYTEAM PADA 16HB JUN 2009, KEPUTUSAN PADA MALAM ITU MEMIHAK KEPADA KELANTAN IAITU 3-0... PADA MALAM INI PULA KELANTAN MEMBELASAH KUALA MUDA NAZA 1-0... NAMPAKNYA PASUKAN KELANTAN KEMBALI BERSEMANGAT DAN AMBO RAKYAT KELANTAN INGIN MELIHAT KELANTAN MELANGKAH KE PUSINGAN AKHIR LIGA SUPER INSYAALLAH.....

TAHNIAH KEPADA PASUKAN KELANTAN

GOMO KELANTAN GOMO
mamat
KUALA LUMPUR, 20 Jun (Bernama) -- Perlis merampas kedudukan teratas Liga Super apabila menang 1-0 dengan Pulau Pinang dalam perlawanan yang berlangsung di Stadium Utama Negeri, Kangar.

Gol Perlis hadir pada minit ke-11 melalui sepakan percuma yang disempurnakan Azi Shahril Azmi pada minit ke-11.

Bermula babak kedua perlawanan giliran Nizaruddin Yusof menjaringkan gol pada minit ke-55.

Nizaruddin selepas itu, sekali lagi mencuri tumpuan apabila membantu Mohd Shazwan Zainol menjaringkan gol ketiga pasukan Perlis pada minit ke-71.

Di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi -- Selangor sekadar seri 1-1 dengan tuan rumah Negeri Sembilan untuk berpuashati di tangga kedua liga.

Bermain di gelanggang sendiri, Negeri Sembilan membuka jaringan melalui Shahruain Abu Samah pada minit ke-46.

Tidak mahu berputih mata, Selangor selepas itu mengandakan asakan. Hasilnya pada minit ke-63 Mohd Amri Yahyah menyamakan kedudukan.

Negeri Sembilan berada pada kedudukan ketiga liga, di belakang Kedah yang tidak mempunyai perlawanan hari ini.

Menghampiri di belakang Negeri Sembilan adalah skuad Kelantan yang menang 1-0 ke atas Kuala Muda NAZA melalui jaringan Akhmal Rizal Rakhli pada minit ke-72.
mamat
N.Sembilan 1 - Selangor 1


Perlis 3 - P.Pinang 0


KL Plus FC 2 - Pahang 0


Perak UPB My-Team 0 - Terengganu 5


Kedah Kuala Muda Naza 0 - Kelantan 1



PDRM 2 - Perak 3
mamat










TM Liga Super 2009 :

Kelantan lwn UPB MYTEAM

Tarikh : 16 JUN 2009

Masa : 8.45 malam

Tempat :

Stadium Sultan Mohammed Ke IV

KEPUTUSAN PERLAWANAN MALAM

INI:

KELANTAN: 3 UPB MYTEAM: 0