mamat
KUALA LUMPUR, 23 Jun (Bernama) -- Persaingan untuk merebut juara Liga Super semakin hangat selepas Selangor merampas kembali kedudukan teratas dari Perlis setelah Gergasi Merah itu menang 4-1 menentang Johor FC di Stadium Shah Alam malam ini.

Selangor membuka mata jaringan menerusi kapten Mohd Amri Yahya pada minit ke-12 sebelum pemain Johor FC Eddy Helmi Abdul Manan menyamakan kedudukan dari tendangan penalti pada minit ke-42.

Namun, pemain hadapan Gergasi Merah Mohd Safee Sali memberikan kedudukan hadapan kepada pasukan tuan rumah bila beliau menjaringkan gol kedua pada minit ke-51.

Pada separuh masa kedua, kedudukan Selangor semakin kukuh bila pemain hadapan R. Surendran meluaskan lagi jurang perbezaan mata dengan dua lagi gol pada minit ke-58 dan ke-59, dan kedudukan 4-1 berterusan hingga tamat permainan.

Dengan kemenangan itu, Selangor mengutip 47 mata dengan itu merampas kembali kedudukan teratas daripada Perlis yang tidak beraksi malam ini.

Bagaimanapun, Perlis akan menjadi tuan rumah pada perlawanan dengan Selangor Sabtu ini (27 Julai) di Stadium Utama, Kangar.

Dalam pada itu finalis FA Kelantan merangkul tempat ketiga setelah merampasnya daripada johan bertahan Kedah yang keluar negara menyertai perlawanan pusingan kedua Piala AFC menentang Becamex Binh Duong di Vietnam.

Kelantan mendapat kemenangan tiga mata bila mereka menumpaskan Polis 4-0 di Stadium Sultan Mohd IV, Kota Baharu.

Gol Kelantan dijaringkan oleh Mohd Ailim Fahmi (min ke-7), Indra Putra Mahayuddin (ke-45) dan Mohd Khalid Jamlus (ke-63 dan ke-80).

Di Stadium Ipoh, Perak mengatasi Negeri Sembilan 2-0.

Akibat hujan lebat, perlawanan antara Pahang dan UPB-MyTeam di Stadium Darulmakmur dihentikan pada minit ke-74 dan diadakan semula selepas sejam.

UPB-MyTeam menang 3-1.

Di Kuala Terengganu, satu lagi perlawanan antara Terengganu dan Kuala Muda NAZA ditunda ke esok akibat hujan lebat.
mamat









GOMO KELATE GOMO....
BERMAIN DI STADIUM SENDIRI MEMBERI KELEBIHAN KEPADA PASUKAN THE RED WARRIORS... PADA MALAM INI KELANTAN TERUS UNGGUL DENGAN MEMBENAM PDRM 4-0...SEMOGA KELANTAN TERUS BERSEMANGAT DALAM MENGHABISKAN BEBERAPA LAGI BAKI PERLAWANAN DALAM LIGA SUPER.... SYABAS KEPADA KELANTAN,, SEMOGA LIGA SUPER MUSIM INI MENJADI MILIK KITA...

SYABAS KEPADA KELANTAN.............
mamat
Selangor 4 : 1 Johor FC


Kelantan 4 : 0 PDRM


Terengganu : Kedah Kuala Muda Naza
(tunda esok-hujan lebat)


Pahang 1 : 3 Perak UPB My-Team


Perak 2 : 0 N.Sembilan
mamat
ALLHAMDULILLAH...PASUKAN KELANTAN KEMBALI DENGAN AZAM DAN SEMANGAT BARU DALAM LIGA SUPER... SEBELUM INI PASUKAN THE RED WARRIORS TERPAKSA BERMAIN DI STADIUM LUAR DARI KELANTAN AKIBAT KEKECOHAN YANG BERLAKU KETIKA KELANTAN MENENTANG N.SEMBILAN MENGAKIBATKAN TRAK POLIS DI BAKAR.... SELEPAS PADA ITU KELANTAN BERMAIN SEPERTI TIDAK BERMAIN, INI KERANA KEBANYAKAN PERLAWANAN YANG DITEMPUHI KALAH DI TANGAN LAWAN. BANYAK FAKTOR YANG MENJADI UKURAN KEPADA KEKALAHAN SKUAD KELANTAN ANTARANYA IALAH KELETIHAN AKIBAT PERJALANAN JAUH KE TEMPAT PERLAWANAN...PENYOKONG BERKURANGAN BERBANDING DI TEMPAT SENDIRI...DAN BANYAK LAGI FAKTOR YANG MENYEBABKAN KEKALAHAN BERLAKU KEPADA PASUKAN KELANTAN.... SYUKUR KEPADA ALLAH AKHIRNYA STADIUM SULTAN MUHAMMAD KE4 AKHIRNYA MENJADI SAKSI JUGA KEPADA KEBANGKITAN THE RED WARRIORS...KELANTAN DAPAT KEMBALI BERTARUNG DI STADIUM SENDIRI... SELEPAS DIBERI PELUANG BERMAIN DI STADIUM SENDIRI, KELANTAN TIDAK MELEPASKAN PELUANG APABILA MEMBELASAH UPB MYTEAM PADA 16HB JUN 2009, KEPUTUSAN PADA MALAM ITU MEMIHAK KEPADA KELANTAN IAITU 3-0... PADA MALAM INI PULA KELANTAN MEMBELASAH KUALA MUDA NAZA 1-0... NAMPAKNYA PASUKAN KELANTAN KEMBALI BERSEMANGAT DAN AMBO RAKYAT KELANTAN INGIN MELIHAT KELANTAN MELANGKAH KE PUSINGAN AKHIR LIGA SUPER INSYAALLAH.....

TAHNIAH KEPADA PASUKAN KELANTAN

GOMO KELANTAN GOMO
mamat
KUALA LUMPUR, 20 Jun (Bernama) -- Perlis merampas kedudukan teratas Liga Super apabila menang 1-0 dengan Pulau Pinang dalam perlawanan yang berlangsung di Stadium Utama Negeri, Kangar.

Gol Perlis hadir pada minit ke-11 melalui sepakan percuma yang disempurnakan Azi Shahril Azmi pada minit ke-11.

Bermula babak kedua perlawanan giliran Nizaruddin Yusof menjaringkan gol pada minit ke-55.

Nizaruddin selepas itu, sekali lagi mencuri tumpuan apabila membantu Mohd Shazwan Zainol menjaringkan gol ketiga pasukan Perlis pada minit ke-71.

Di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi -- Selangor sekadar seri 1-1 dengan tuan rumah Negeri Sembilan untuk berpuashati di tangga kedua liga.

Bermain di gelanggang sendiri, Negeri Sembilan membuka jaringan melalui Shahruain Abu Samah pada minit ke-46.

Tidak mahu berputih mata, Selangor selepas itu mengandakan asakan. Hasilnya pada minit ke-63 Mohd Amri Yahyah menyamakan kedudukan.

Negeri Sembilan berada pada kedudukan ketiga liga, di belakang Kedah yang tidak mempunyai perlawanan hari ini.

Menghampiri di belakang Negeri Sembilan adalah skuad Kelantan yang menang 1-0 ke atas Kuala Muda NAZA melalui jaringan Akhmal Rizal Rakhli pada minit ke-72.
mamat
N.Sembilan 1 - Selangor 1


Perlis 3 - P.Pinang 0


KL Plus FC 2 - Pahang 0


Perak UPB My-Team 0 - Terengganu 5


Kedah Kuala Muda Naza 0 - Kelantan 1



PDRM 2 - Perak 3
mamat










TM Liga Super 2009 :

Kelantan lwn UPB MYTEAM

Tarikh : 16 JUN 2009

Masa : 8.45 malam

Tempat :

Stadium Sultan Mohammed Ke IV

KEPUTUSAN PERLAWANAN MALAM

INI:

KELANTAN: 3 UPB MYTEAM: 0
mamat











haa ari nih topik besh kepada sesape yang nak belaja loghat kelantan atau yg ade hajat nak kahwen dgn org kelantan..baik belaja...
Lau x pening palo...hehehe...:p Ade cerita di sebuah sekolah rendah di luar kelate yg guru besarnye org kelate. Satu hari bdk2 ternampak ular. Jadi kata cikgu,"cepat2lah katok".Budak2 pun heran dan jawab balik,"bukan katak cikgu,tp ular." hmmmm konpius....
Katok=pukul, balun, hentam

Sila baca dgn untuk lebih lanjut:

Vocabulary :
Bokbong - spesis musang
Ttuyup - pepatung
Pok Kor - spesis mengkarung
Ike Kkhonge - ikan cencaru
Gelenyar,gletah - mengenyam, getik
Absorber - saksoba
Supik Gelenyar - plastik beg (yg nipis tu)
Buah Topoh - buah epal
Gaduh, bbaloh - kelahi
Ggaduh - nk cepat
Saka - gula(sekarang sudah jarang d gunakan oleh generasi baru)
Bekwoh - kenduri
Tohok - buang
Ghohok - susah,payah
SIAK DUK GGOBAR - jangan risau
WAK GGOGHI - bagi memulakan sesuatu
DEKPONG GAK EH - kalau ya pun
Jjughuh - baik
Kelaghing - kesat/not smooth

KELANTAN + INGLISH = "KELANTALISH"huhuhu...

Contoh :
POZEK (deposit)
RIZAK (result,reserved)
NNEJA (maneger)
ISTEK (estate)
SUWIH (switch)
MERKET (market)

kata penguat lam bhsa kelate pun blh tahan menarik jgk :
* manisLLETING
*masinPPEGHAK
*pahitLLEPE
*masePPUGHIK
*tawarEBER
*putihSSUEH
*hiteLLEGE
*biruKKETU
*kuninNNEHE
*kenyeBBONYAH
*comelLLOTE
*gemukDDEBOK
*busukBANGA
*hapokKOHONG
ambilah perhatian terhadap loghat2 dr negeri kelate...

mamat
Kalau anda pikir anda masih islam
bacalah...kalau
tidak......Allah saja yang tahu...
Message: Tolonglah ambil masa 2 minit untuk
membaca ini.... kalau lebih dua minit
tu bukan membaca la tu..tapi mengeja.. ;-)

Dengan Nama ALLAH yg Maha Pemurah lagi
Maha Pengasih...

Bayangkan benda ini berlaku pada anda..... Suatu
hari pada masa
Sembahyang jumaat yang di hadiri oleh lebih
kurang 1,000 jemaah...
tiba-tiba masuk dua orang lelaki yang menutupi
seluruh tubuhnyer dgn
pakaian hitam.. tak nampak apa cuma dua biji
mata and membawa mesin
gun... lalu salah seorang lelaki tu bertempik "
"Sesiapa yang sanggup
MATI kerana ALLAH sila berdiri di tempat kamu"
Selepas mendengar amaran lelaki
itu maka segeralah bertempiaran lari para
jemaah itu utk menyelamatkan
diri.... daripada jumlah yang 1,000 tadi tu hanya
tinggal lebih kurang
20 orang sahaja yang masih berdiri di tempat
masing-masing termasuk
Pak Iman tu... Lelaki yang bertempik tadi segera
membuka tutup mukanya lalu
melihat ke arah Pak Imam sambil berkata: "Ok
Pak Iman, saya dah halau
SEMUA yang hipokrit, sekarang bolehlah Pak Iman
mulakan sembahyang Jumaat".... Lalu kedua lelaki tersebut berpaling
dan meninggalkan jemaah.... Macammana.. adakah anda rasa lawak
dgn cerita di atas. selain terhibur anda fikirlahlah...

" Lawak kan , dari 1,000 org yg mengaku dia
Islam hanya
20 yg
betul-betul
beriman... "

" Lawakkan berapa banyak manusia yang mudah lupakan
ALLAH bila menghadapi bahaya... kedua lelaki hanya
membawa mesin-gun.. dia tak kata pun
nak bunuh.. tapi generasi skrang.. amat lemah..
baru kena ugut terus lari
lintang pukang.. lupa yg dia tak sembahyang
jumaat lagi..."

"Lawak, ada juga yang agamanya cuma seminggu sahaja..
tu pun bila time sembahyang jumaat.. tunjuk muka kat org
kampung.. ada tu lagi dashyat
setahun 2 kali aje.. bile time sembahyang raya..."

"Lawakkan, ramai orang percaya kepada gosip
dan apa yang di tulis
oleh surat khabar daripada apa yang tercatit
dalam
Al Quran"

"Lawak kan , berapa ramai yg percaya dunia
hanya sementara, akhirat
adalah tempat yang kekal, tapi berlumba-lumba
mengejar dunia"

"Lawak, kita boleh bersembang dgn boyfriend
atau girlfriend berejam-rejam
tapi nak berdoa kepada ALLAh alahai.. tak cukup
masa..

Dan lebih lawak lagi, bila kita boleh post banyak
thread atau email
yang berunsur lawak jenaka dan lucah kesemua
tempat tapi merasa berat
nak berkongsi dan nak hantar artikel2
yang berunsur agama

Lawak kan ???? Kenapa gelak? tu kan realiti.. tapi
ade gak kebenarannye... sama2 renungkanlah...
wallahuaallam -
mamat
UMAT ISLAM MANA TIDAK SEDIH APABILA JIRAN KITA DI PATTANI, THAILAND DI SERANG DAN MERAGUT 12 ORANG PENDUDUK ISLAM YANG TIDAK BERDOSA. PADA KEJADIAN ITU, 12 ORANG JEMAAH SEDANG MENUNAIKAN SOLAT ISYAK DI MASJID AL-FURQAN KAMPONG AIR TEMPAYAN, SUNGAI GOLOK....

PATTANI ADALAH SEBUAH DAERAH DI SELATAN THAILAND YANG MENUNTUT HAK KEMERDEKAAN DARI THAILAND. KEBANYAKAN PENDUDUK DI PATTANI ADALAH ORANG ISLAM... SEMOGA RAKYAT PATTANI TABAH DAN BERJUANG MEMPERTAHANKAN TANAH AIR MEREKA.... SETIAP TITISAN DARAH YANG KELUAR DARI TUBUH PENDUDUK PATTANI AKAN DIBALAS OLEH ALLAH S.W.T. KELAK.

VIDEO INI DIRAKAMKAN KETIKA PERGOLAKAN DI PATTANI PADA TAHUN 2004....
SEMOGA ALLAH S.W.T. MEMBALAS SETIAP APA YANG BERLAKU TERHADAP UMAT ISLAM.....








mamat















SUNGGUH MENYEDIHKAN......AL-FATIHAH KEPADA MEREKA SEMUA........

Pada tarikh 9 Jun 2009 (Selasa), umat Islam seluruh dunia dikejutkan dengan 12 orang jemaah yang sedang bersolat Isyak di Masjid Al-Furqan, Kampung Air Tempayan, Sungai Golok telah ditembak mati oleh sekumpulan penyerang bersenjata rifel M-16 dan pump-gun, berseragam hitam dan bertopeng. Kejadian berlaku dalam tempoh lima minit.

DUNIA SUDAH KACAU.....DI MANA-MANA BERLAKU PEPERANGAN...... KEBANYAKAN UMAT ISLAM MENJADI MANGSA..... SATU PERSATU PENDUDUK ISLAM DI BUNUH SECARA KEJAM......




mamat

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM.....
AL-FATIHAH











Kisah pilot masuk islam setelah pesawat bawa jenazah Ulama dilindungi awan. Kisah kehebatan Ulama yang masih berdakwah ketika jenazahnya sedang dibawa menuju Alam Barzakh....Dapat kita fikirkan bersama........
mamat













































APA YANG SUDAH TERJADI?????
Itu yang boleh di gambarkan rakyat terengganu apabila stadium yang mereka sanjung tinggi akhirnya runtuh....stadium yang berdiri tidak sampai 1tahun akhirnya bumbung stadium menyembah bumi...

APA SEBENARNYA YANG BERLAKU DI SEBALIK KEJADIAN INI?????

Rakyat terengganu akhirnya tertanya-tanya apa sebenarnya berlaku disebalik kejadian ini..... stadium yang harga berjuta-juta ringgit sepatutnya struktur nya kukuh akhirnya menyembah bumi juga.....
adakah kerana nak siapkan projek cepat tanpa mengambil tahu struktur nya kukuh ataupun tidak???
Adakah kerana kontraktor nya kerja sambil lewa???
Adakah kerajaan negeri tidak ambil tahu pasal kecacatan yang dialami stadium tersebut???
Adakah duit yang dibelanjakan berjuta-juta hanya separuh yang digunakan???

ISHHHHH..... BANYAK PERSOALAN YANG AKAN TIMBUL APABILA KITA FIKIRKAN.... AMBILLAH PENGAJARAN APA YANG BERLAKU DI NEGERI TERENGGANU........ JANGAN SAMPAI APA YANG BERLAKU DI NEGERI TERENGGANU AKAN BERLAKU DI NEGERI LAIN.....






mamat